You Are Reading

8

Intro – Le Tour De Peninsular Ride

TayarGolek.Com Tuesday, February 8, 2011

Yoooossshhh…!

Salam Sejahtera semua rakan2 permotoran & semua pembaca blog TayarGolek.Com..

 

Alhamdulillah..syukur kepada Ilahi kerana aku dan rakan-rakan telah pun selamat ke rumah masing-masing. Kemana? Dari mana? Inilah yang aku cuba cerita buat semua.

 

Sebenarnya aku baru jer balik dari Ride pusing Semenanjung Malaysia. Bagi mereka yang belum tahu tahun lagi pasal ride ini, episod ini merupakan Episod pengenalan ride tersebut. Ride ini aku namakan sebagai “Le Tour De Peninsular”..ala-ala mcm nama Le Tour De Langkawi tuuu..sebab LTDL kan baru je abiss..hehe. Ride ini juga rupakan ride sulong TayarGolek.Com untuk sesi 2011. Bukan takde ride yang lain sebelum ni..tetapi memandangkan timing waktu keje yang tak mengizinkan..dgn keadaan ayah aku yang ada masalah kesihatan, jadi banyak ride yang tak dapat aku join..

 

Tarikh 4 Feb-7 Feb 2011 merupakan hari yang telah dipilih untuk “Le Tour De Peninsular” Ride ini . Selama 4 hari 3 malam dan sejauh 2080KM (mengikut meter motor aku) ‘tayar bergolek’ aku bersama 3 orang rakan iaitu Hasnul Versys, Snooke dan Apit telah bersama-sama menjayakan Ride LTDP yang berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Walaupun sebelum bermulanya ride LTDP ini, negara kite kecoh dengan berita hujan lebat dan banjir di beberapa negeri seperti Johor, Negeri Sembilan dan Melaka..Tapi, demi semangat dana ‘excited’ utk ride ini..Alhamdulillah, kitorg ditemani keadaan cuaca yang baik dan cerah sepanjang masa..kitorang terselamat dari dibasahi hujan dan direndam dengan banjir. Walaupun cuara panas sepanjang masa..kadang kalanya bertukar mendung secara tiba-tiba..Hanya pada hari ke-4 je kitorang merasa nikmat kene hujan sewaktu berada di Ayer Keroh, Melaka..itu pun hujan main2 jer..

 

Route Laluan Le Tour De Peninsular Ride 4-7 Feb 2011

 

Gambiran diatas merupakan ‘route’ yang kitorg lalui. Dari negeri Selangor, kitorang bergerak menghala ke Utara. Diikuti laluan ke Pantai Timur dari arah Utara, beralih ke Selatan dari Pantai Timur dan seterusnya ke Kuala Lumpur semula dari arah Selatan. Laluan yang dipilih untuk Ride ‘Le Tour De Peninsular’ ini merupakan laluan jalan persisir pantai..jalan kampung..pekan-pekan dan bandar sehinggalah ke destinasi atau ‘check point’ bermalam..memang seronok walaupun agak memenatkan.. :)

Ride yang berbentuk ‘Tour’ atau ‘Adventure’ atau ‘Endurance’ atau kembara ini dah lama aku idam-idamkan..cuma masa dan keadaan je yang tak mengizinkan. Semuanya bermula dengan ‘short plan’ dimana aku menghubungi Hasnul bertanya pasal ride di Hari Perayaan Chinese New Year. Rancangan ride ini hanya mengambil masa kira-kira seminggu lebih je. Maaf, jika aku tak war-warkan kepada rakan-rakan..bukannya ape, target participant hanya utk 4 orang sahaja memandangkan laluannya adalah laluan kampung. Jadi, sebab tu ler ride ni aku tak mention dekat mana2..

 

Ok..jom aku perkenalkan rakan-rakan atau rider yang mengikuti ride ini.

IMG_9487 Han a.k.a Han TayarGolek

– Aku ler nie..penulis blog of ride TayarGolek.Com..hehehe

 IMG_9486

Hasnul a.k.a Hasnul Versys 

- Rakan ride masa mula-mula skali ride ke Cameron Highland sewaktu ER6N putih aku dulu berumur 2 minggu. Dalam ride ni, Hasnul merupakan ‘guider’ atau ‘Lead’ memandangkan pengalaman ride nya yang bersepah-sepah..haha

 IMG_9484

Kamal a.k.a Snooke

- salah sorang rakan FERNO..juga rakan ngeteh di area Shah Alam. Snooke antara yg terawal menempah nama sejak tahun lepas lagi bile ae ura-ura nak ride pusing semenanjung..

 

 IMG_9485

Fikri a.k.a Apit

- Pembaca setia blog TayarGolek.Com selama 2 tahun. Baru jer sebulan memiliki ER6N. Memang bernasib baik mamat ni sebab 2 hari sebelum ride dia menghubungi aku bertanyakan kot2 ade ride yang boleh dijoin. Bile di’offer’ terus tak citer banyak…”OK join!”

 

 

IMG_8896

Antara lain, Kad “Emergency Contact’ telah dibuat bagi memudahkan urusan jika berlaku kecemasan..ini sebagai langkah berjaga-jaga jer. So far..Alhamdulillah..selamat!

 

Alrite beb..episod ini hanyalah pengenalan atau ‘Intro’ orang kampung aku panggil..sekadar memberitahu akan kewujudan ride Le Tour De Peninsular versi TayarGolek.Com. Jadi, bagi aku sedikit masa utk ‘filter’ dan edit dulu gambiran. Agak mengambil masa skit la kan. Selain tu nak mengarang ayat lagi..ditolak dgn waktu bekerja memang takde masa langsung dh update. Dengan itu..selalu-selalu kan la yer berkunjung di TayarGolek.Com..

 

Jumpa lagi untuk edisi penuh stori dan gambiran dari hari pertama hingga hari ke-4 “Le Tour De Peninsular” Ride..

 

Adios,

-Han-

8 comments:

flamiyoes said...

Can't wait to read more..

Mohd Aslam said...

mantappp la...

Anonymous said...

SALAM... RIDE GO ON BEB...

shafirul said...

uik dh pergi dah..Tahniah beb..tercapai jugak azam ko nak ride ikut jalan tu..

TayarGolek.Com said...

Flamiyoes - ok now u can read the update ;)

TayarGolek.Com said...

Aslam - mekasih..

TayarGolek.Com said...

Anonymous (aku tau ko ni GG)- Tq beb..hajat nk jumpa ko kt BP tak tercapai plak..

TayarGolek.Com said...

Shafirul - dah beb..short plan jer yg terus Booommm..!!

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com