Yooosshhhhhhh…!
Salam Geng..
Kite lupakan sekejap pic jejaka bersama Mermaid tu eh..hehehe. Sampai ada yang kata “..semakin ramai ler yang datang Betong nanti gara-gara nak bergambiran mcm tu dgn Betong Mermaid tu..”
Dah..dah..sembang punye sembang, tunggu punye tunggu hujan renyai2 tu..tak berhenti jugak. Last2 kitorg decide pekena nasi dulu ler untuk sambung nyawa. Tengok muka masing2 semua dh berkerut muka lapo..haha. Termasuk ler aku..giler lapo siut! Last bekfes pagi tadi jer..la ni dh pukul 3.00ptg++..mau nye tak kebulur.
Start motor..turun balik dan masuk semula ke pekan Betong untuk mencari kedai makan Muslim.
@ Halal Kitchen (Makanan Muslim)
Pandai Griffin pilih tempat makan. Dari luar dah nampak menarik..dalamannya mungkin lebih menariks. Sebenarya, kitorg tak kisah pun makan kat warung koboi ke..warung tak koboi ke..yang penting makan..dan halal! hehehe
Ini lah restoren atau kedai makan Muslim..nama sebenarnya tak tau sebab tulisan cacing. Tapi ade tertulis “Halal Kitchen”. So aku tulis jer ler Halal Kitchen..
Lokasinya berada dijalan utama..berhampiran dgn kuaters Polis kalau tak silap aku. Sure boleh nampak punye sebab rekabentuk & designnya mmg agak unik dan menarik..
Deko yang menariks..
Pancuran air yang serba skit memberi ketenangan jiwa..ciwaaah!
Dari dalam terpampang FJR & ER6. Errr..Versys Merah & Versys Hitam mana pulak?
Ruang dalam restoren..nice kan? Ade lagi kat dalam tu utk non-smoking zone..hehe
aishh..aku tatau ler diorg ni, time macam ni dai candid..hahaha. Tak emsem betul pic aku nih :P
Masa untuk memilih makanan..banyak betul menu dia. Tak tau nak makan ape. Dari tadi dok tercari-cari makanan yang betul2 kene pada selera. Time ni ada 2 table yang masih menunggu hidangan.
Masa menunggu hidangan sampai. Time ni muka lapo tahap gaban..2 minit pun rasa mcm 2 jam..
Ice Lemon Tea & Sky juice pembasah ‘kerak teking’. Tadi hujan..kat sini panas ‘teng’ plak..!
..dan Oren Juice Betong yang memang sedap lain daripada yang lain. Ini pilihan pertama Griffin. Bile semua dah rasa..last2 semua order Oren Juice ni. Nak tau rasanya..memang kene datang sini. Aku ade bertanya pasal limau oren ni dgn sorg mamat Bellboy Hotel tempat kitorg stay. Dia kata “..Oren juice ni org sini panggil ‘Limau Chokun’..hanye terdapat di Betong sahaja. Maksudnya hanya ditanam di Betong sahaja. Tak dibawa keluar ke daerah lain. Walaupun daerah Yala ada jugak limau tp tak sama..” kata Mat yang fasih berbahasa Melayu walaupun bunyik slang Kelantan.
So, harus dicuba..dah rasa nak nak lagi. Hinggakan petang tu stok Oren juice ni dah kehabisan. SO dapat ler 2 gelas jer.. :(
Yooossshhh..! hidangan yang simple tp menyelerakan. 1 mangkuk sup ayam..1 mangkuk Tom Yam Koong..Telor Berdadar..sambal belacan..slurrrrrrp! terliur mak naaak!
Sabo Pit..sabo! Tunggu Abg Nuar baca doa makan dulu..hehehe
Nasi Goreng Daging + Ikan Bilis..fuhh! tgk ikan bilis tu menenggek2 haa..
Ayam masak ape nih? errrr…lupe plak..
Ape lagi..hidangan dah tersedia. Masa untuk melantak ler..
Jemput makan yer kawan-kawan…! Sambung balik ride lepas mamam eh..
Adios,
-Han-
5 comments:
Apa macam tomyam.. ada beza dak rasanya berbanding dengan kat Malaysia?..
Kalau kat Satun.. teh ais dia pun rasa lain.. lemak dia lain sikit.. hehehe..
kedai tu kitchen dier jer yang halal Han...
yang lain... "oh.. oh.."
Q - expert? takde ler..baru pegi skali jer. Piyamit tunel ta dan nak masuk lagi. Tgk ler nanti..one day. Jus oren 'chokun' tu yg sedap
Laa awak tak masuk lagi..syok wooo dlm tu mcm rumah, mcm2 ade..lengkaplah. Sejuk jek bawah tu. Leh kembara sejarah ke sane kan *-^ haahahahaha. Btw laen kali habaq kat tuk tuk driver nak gi bo luang. Sampai sana mintak Keng som siakap or haruan...pedassss...sedapp..gerenti nak dan nak dan nak lagi
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..