Yoossssshhh…!!
Salam Geng..!
Sori aar geng terpaksa menunggu kitorg makan plak..hehe. Kitorg makan sopan santun..kunyah 40kali baru telan. Tu yang selow skit..bile dh selow abis makan pun lambat ler ;)
Ok lah..aku sambung lagi..(mesti korg menyirap bile ler nak abis citer nih? ride 3 hari 2 mlm jer..haha)
Burrpppp..! Alhamdulillah…lepas makan jer kenyang. Pelik betul ler..!
Lepas makan..perut pun dh kenyang..hati pun dah tenang..pastu layan sembang2. Sambil2 sembang..kitorg buat short discussion lagi destinasi atau tempat2 yang akan lawati sekejap lagi. Hampir 30 minit merehatkan diri lepas makan..gerak? Aiiishh..! bayo ler dulu..hehehe. Total makan kat sini utk 4 org adalah 870 Baht (RM87) sahaja. Tapi penangan Jus Oren tu sampai skg diorg dok tersengeh2..:D. Aiii..dahsyat tul penangan Oren Betong nih..! Jom repeat! hakhak..
Lets move..lets tayargolek!
Tempat pertama adalah “The Famous Clock Tower”. Clock Tower ni terletak ditengah2 bulatan kecil dikawasan town.
Kitorg hanyetengok dari jauh..cukup ler sekadar merakamkan moment kat sini.
Aku try close up skit eh..tu senangnya pakai G11 atau G12 yg terkini. Senang nak capture dgn cepat. Kalau malam ade ler lampu-lampu hiasan..nnti aku try amik gambiran waktu malam plak kalo berkesempatan..
@ Betong Mongkollit Tunnel
Tak jauh dari Clock Tower tadi (round about tu amik kanan), terletaknya lokasi Mongkollit Tunnel.
Betong Mongkollit Tunnel terletak berdekatan di kawasan bandar jugak, terowongnya cukup pendek yang menyambungkan ke bahagian selatan.
Tapi nasib kurang menyebelahi skit sebab time tu kawasan tunnel ni ditutup atas sebab2 keselamatan. So tak bleh ler nak masuk dekat2. Difahamkan, ada satu festival iaitu “Betong Chicken Festival” yang akan berlangsung beberapa hari lagi.
Nota: Betong Chicken Festival tu pesta sukan lah! mcm sukaneka jugak..ada ka Pesta Ayam-ayaman..yaaaperdaaa..! hahaha
Bangunan dibelakangnya pulak adalah sebuah bangunan lama bernama Hilltop Yala Shrine.
So kemana kite lepas ni boss?
Nampak tak? dari sini dah boleh nampak Clock Tower tadi..dekat jer nak!
Keadaan penunggang motorsikal di Betong. No helmet..no hal beb! Polis pun tak kacau sebab Betong adalah kawasan pelancongan. Statement tu aku dapat dari penduduk tempatan eh..
@ The Largest Post Box in Thailand
Ada org panggil “the largest post box”..ada yang panggill “the tallest post box”…ada jugak panggil “Giant post box”..ikutkan aku nak jer aku panggil “Peti Surat bapak beso”..hahaha. Apa melalut nih. Terletak berdekatan dgn clock tower tadi..terletaknya Peti Surat ‘bapak’ beso di Thailand.
Moment yang aku cuba share kat sini adalah kehadiran kitorg di lokasi Post Box ini. Berdekatan dengan simpang empat..
p/s: nampak real la diorg nih kan..betul2 ‘tourer’ lah..
Ok..kite parking motor dulu dan amik gambiran ..
Daripada sumber2 yang dipercayai, “The Largest Post Box in Thailand” ini dibina pada tahun 1924 dgn ketinggian kira-kira 3 meter (320cm). Tak pasti samada masih berfungsi atau tak..
My “Red Versysy” and Me oso want gambiran lah..
ok..nexxxt..!!
Destinasi seterusnya adalah ke Piyamit Tunnel. Lokasinya terletak di Piyamit, Ban 1 Tambon Tano Mae Ro. Satu laluan ke Hot Spring..cuma ade ler kire-kire 4KM lagi perjalanan..
Laluan atau jalan ke Piyamit Tunnel..
Jalan kampung yang cantik tapi berliku-liku..
Lengang..sunyi..tak banyak kenderaan yang lalu. Mgkin sebab tu kot jalannye cantik..
Kadang2 keadaan struktur jalannya agk berbukit..
Pintu masuk/pintu gerbang sebelum sampai ke Piyamit Tunnel..
@ Piyamit Tunnel
Tiba di Piyamit Tunnel kire-kire pukul 5.25ptg(4.25ptg waktu Thai). Suasana tenang, sunyi, cuaca pun panas..memang terbaiklah bila sampai sini. Jalan yang dilalui kesini agak berliku-liku. Kalo kaki meleper memang dah layan. Tp kene ingat lah..ini tempat orang, so kene buat ler cara ditempat orang. Keadaab jalan dari mula sampai ke sini memang cantik & terbaik. Mcm baru lepas diturap..
Bile dah sampai sini..perhati punye perhati…tak de org sgt. Ade ler 3-4 orang selain dari kitorg ber-4. Tak jumpa plak bikers2 lain..hehehe.
Nak info gak ke? Rasanya byk info kt internet skg ni. Takpe lah sedikit info pasal Piyamit Tunnel:
“This Tunnel is situated in Khao Nam Khang, Mu 1, Tambon Khlong Kwang, approximately 4 kilometers from the Park Office. Once known as the Piyamit Village 5, the tunnel was operated by Communist insurgents. After almost 40 years of fighting with the Thai Government, the Communist Party was dispersed and became part of Thai Development Participants in 1987.
Thailands largest and longest man-made tunnel, it was completed in two years with three separate corridors and three levels deep. The tunnel itself could accommodate about 200 persons with several rooms such as conference room, sick bay, radio transmission room, kitchen, firing range, etc..”
Perkara pertama kitorg buat kat sini..susun motor cantik2 di hadapan Pintu Gerbang Piyamit Tunnel ni.
Ade lagi pengunjung yang datang time2 ni..
Bila dah lepak kat sini..terasa bercinta giler nak panjat + nak masuk ke dalam tunnel tu. Penat pun ade..kekenyang tadi pun ade. Nak masuk kedalam bukan dekat..rasanya memang kene spend 1 hari kalo betul2 nak masuk dalam dan lihat sendiri peninggalan bahan2 sejarah dizaman komunis dulu. So, we decided just to stay here..hopefully, next time kalo ade rezeki baru masuk ke dalam. Amik gambiran banyak2..
What else..just a gambiran of us..hehe
Jump around..!
Kalo ride LTDP dulu..aku amik gambiran setiap rider yg join. Kali ni pun tak terlepas jugak..
p/s: aku kasi beso skit gambiran ni eh..
Han a.k.a Han TayarGolek..
Apit – Sapa tak kenal dia skg! makin glemer..hehe. Asalnya dari peminat, masuk ni dah 2 kali follow ride dgn TayarGolek.Com
Nuar315 a.k.a Nuar – Peminat blog TayarGolek.Com..akhirnya berpeluang ride bersama. Ride sulong dgn TayarGolek.Com.
Griffin - the most experienced “solo” rider dan juga rakan blogger of ninja650tourer. Sometimes kitorg share psl ride & stori. Sharing is caring kan bro?hehehe
Red Versys & ER6N bergambiran di depan pintu masuk Piyamit Tunnel.
Versys’10 & FJR pun nak jugak..
Gambiran ber-4 dari atas..
Gambiran solo..
Salah bajet..tak dan nk lompat dah capture plak camera nih..hahaha
Hampir 30 minit kat sini..rasanya cukup lah kot. Next time datang lagi sini..tp mission tu kene masuk dalam ler.
Masa untuk beransur ke tempat lain plak. Ikut plan kitorg akan singgah ke Hot Spring pulak. Tempat yang last skali kitorg nak pegi adalah “floating market”. Tu pun kalo sempat lah..kalo tak next time ajer..
Jom..kite ke Hot Spring plak..
Masa menuruni bukit dari Piyamit Tunnel..terdapat bangunan yang agak menarik. Tak sure bangunan ape..ada sape2 tau? Kitorg tak singgah pon..cukup lah aku rakamkan moment ni.
Lets tayargolek..!
Sambil menuruni bukit..dgn perlahan2, dapat jugak aku capture moment diorg nih..
..dan juga yang ini..
Sebelum melepasi pintu gerbang pertama ke Piyamit Tunnel
Janji moto aku masuk skit dlm gambiran nih.. :P
@ Hot Spring
Skg kitorg dh pun sampai di Hot Spring. Sebenarnya sebelum ke Piyamit Tunnel tadi..kitorg dh pun melalui simpang ke Hot Spring. Tapi orang kata baik pegi tempat yg jauh dulu..so nak balik dh dekat.
Serba sedikit gambiran masa di Hot Spring, Betong Thailand.
Naga sedang berendam di kolam air panas..korang sok2 jgn plak tiru aksi tu..berendam dalam air..masak kan……..!
ehh..ade 2 ekor naga rupenya..
Hot Spring Resort & Spa..
Ade jugak gerai2 kecil kat sini..cuma sanggup tak sanggup jer ler nak makan. Minum tu ok lagi..hehe
Tak caya budak ni! dia nak buktikan kalo rendam telur lama-lama kat sini bleh masak ke tak?
Tanpa notis awal..tetiba hujan turun. Nak kata lebat tak sangat..nak kata renyai2 pun tak jugak. Boleh tahan ler..
Burung apakah itu? kitorg yg duduk tepi pun dah terasa bahang air panas nih..ni plak selamber jer beronang-ronang. Tapi itu ler kekuasaan Tuhan..
Tumpang teduh jap..
Alrite beb..masa utk balik ke hotel..plan ke floating market terpaksa dibatalkan disebabkan haridahujan. Next time lah..kitorg plan ride lain nanti.
Dipendekkan citer (nk bg abis ni..haha)
Aktiviti malam kitorg kuar ronda2 area town Betong ni menaiki “tuk tuk”. Bayarannya agak murah skit berbanding di Songkhla. Satu lagi bahasa plak tak de problem..diorg kebanyakkannya boleh cakap melayu.
Aku bawak korang jenjalan naik ‘tuk tuk’ plak..hahaha..
mcm ni ler keadaan bile naik ‘tuk tuk’..sempit skit. But it’s good experienced.
deretan kedai-kedai. Kat sini menggunakan konsep “KEDAIKU..RUMAHKU..”
ade gak kete WAJA kt sini..heheheh
gadis naik motor tu mcm tau2 jer..time ni ler dia corner ke kiri..
Aktiviti perniagaan tetap rancak..
Lain-lain gambiran…
Banyak burung2 menenggek di wayar2 elektri. Hati-hati beb..! silap2 kene ‘BOM”..
Kitorg berjalan kaki pusing2 melihat keadaan Betong diwaktu malam..kal boleh nk amik gambiran Clock Tower diwaktu malam..
Tetiba..banyak pulak anggota Tentera & Polis berada di Clock Tower..panik sekejap ler kitorg.
Tak pasti operasi ape yang diorg sedang dijalankan..
Siap dgn baju kalis peluru & M16..
Ni jer ler la yang dapat..zoom dai jauh. Malas plak nak kesana, hilang mood nak pegi dekat2..
Sana-sini..tentera. Sini-sana..Polis..wuhuuuuuuuuu! Pengalaman menarik nih beb..
jauh jugak dah berjalan..Betong Hotel.
Walaupun byk Tentera & Polis malam tu..so far penduduk tempatan rileks jer. Niaga tetap niaga..
dah kat mana dah ni..aku pun dh pening. Tapi lepas penat lepak2..jalan2..pusing2. Kitorg patah balik ke hotel. Sebab depan hotel Princess Butterfly tu byk kedai muslim..elok sangat ler pekena air panas + makan yg light2..
Sehingga lah di depan Princess Butterfly Hotel..pihak Tentera membuat sekatan jalanraya. memang jauh beze cara sekatan jalanraya diorg. Takde nye nak men check lesen & roadtax jer. Ni siap..check semua satu badan..tp tak semua, hanye secara rambang mengikut riak muka & gerak geri penunggang motorsikal.
Ok la beb..kitorg nak gi ngeteh2 dulu ..kene nescafe panas jap. Aku sambung balik utk ride hari esok..ride back to KL..
Adios,
-Han-
1 comments:
best... :thump up:
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..