You Are Reading

7

Tips: Persediaan sebelum berkonvoi

TayarGolek.Com Friday, February 12, 2010
Bile kite bercakap pasal konvoi, aku rasa ramai dikalangan kite semua ni pernah mengikuti konvoi.  Setidak2 nya pon  sekali..betul tak? Dan tak menafikan juga mgkin ade juga yg tak pernah langsung mengikuti konvoi nih. Tak kiralah join group konvoi yang besar atau pon group konvoi yang kecil bilangannye..dua atau tiga buah motorsikal atau  sebagainye pon dah dikira konvoi.

Tetapi, dalam kite sibuk nak berkonvoi, kkdg kiter terlupa benda2 yg tak kurang pentingnya sebelum berkonvoi iaitu persediaan sebelum berkonvoi. Topic kali ni aku cube share knowledge & pengalaman tentang persiapan sebelum berkonvoi.

Tips persediaan sebelum berkonvoi:

a) Kenderaan/motorsikal :
  1. Keadaan motorsikal pada tahap yang baik dan memuaskan. Kalo tetiba kite rasa tunggang kite tidak seperti sediakala, itu mgkin ade something wrong. Cuba2 la check ape2 yang patut.
  2. Pastikan tekanan angin tayar depan & belakang megikut spect yang disarankan spt dlm manual.
  3. Check level Engine Oil (EO). Kepada motorsikal yang mungkin sudah ade simptom2 kerap berkurangan EO (makan minyak hitam), pastikan ianya terkawal atau bawa spare utk top-up.
  4. Check signal kanan dan kiri. Ini amat penting sebagai penunggang motorsikal utk isyarat membelok atau memotong terutamanya ketika berada dijalan kampung atau bandar yang mempunyai banyak simpang. Tak kira motor kecil atau besar, keselamatan perlu dititikberatkan.
  5. Check Lampu brek -  adakah ianya berfungsi utk brek depan dan belakang? kalo berfungsi..BAGUS!! Sekiranya tidak, korang harus membaikinya dulu sebelum tiba hari berkonvoi. Kesan buruk  jika tidak berfungsi adalah amat2 membahayakan kpd rakan2 atau pengguna jalanraya yang berada  dibelakang anda. Tiada isyarat membrek mungkin boleh menyebabkan kemalangan.
  6. Rantai (chain) telah di'spray' pd malamnya..rasanya tu yg se-elok2nye kot?..
  7. Yang tidak kurang pentingnya juga..cuci kenderaan anda - baru ler nmpk berkilat & bersinar biler pengguna jalanraya yg lain memerhatikan kenderaan korang. Silap2 siap kene lambai nanti..
  8. Isi ler minyak motor tu siap2..nanti takdelah sibuk nak isi minyak bile nak start konvoi. Serba sedikit akan mengganggu perjalanan/masa konvoi itu nanti.
Diri kita:


  1. Pastikan kita mempunyai rehat yang cukup - utk mengelakkan keletihan ketika menunggang.
  2. Pastikan tidur yang cukup tp jgn terlebih tidur plak - kalo tak cukup tido..takut nanti bukan kita bawak moto, tp moto bawak kite.
  3. Riding gear  - Helmet fullface/flipup, glove,padding jacket,riding boot, knee guard, back protector, racing suite dan lain2 mengikut kesesuaian ride anda.
  4. Jika demam atau selsema, mgkin ikut budi bicara diri sendiri samada patut atau tidak mengikuti konvoi. Sebab ianya akan mengganggu konsentrasi atau hilang fokus ketika menunggang.
  5. Sebelum tayargolek ke konvoi, lakukan sedikit senaman ringkas (stretching) supaya keadaan kite lebih selesa.

Aku rasa tu jer kot tips persediaan sebelum berkonvoi. Jika anda mempunyai info2 lain, jgn malu2 utk berkongsi diruangan ini. Jadi, sama2 kite share ilmu yang ade kepada kawan2 kite yang lain.

Rancanglah perjalanan anda sebaik2nya..

Adios,
-Han-

7 comments:

Anonymous said...

aiii BRO ..nombo 7 tu macam ade pengalaman jer....pernah ker?

"NICKNAME"

TayarGolek.Com said...

NICKNAME - ade ler skit2..tu pon masa tgh ride. biasanya budak2 sekolah dlm bas yg suke melambai.. :P

Matjoe said...

ahak ni konvoi moto kecik boleh ambik tip ni jugak ker

TayarGolek.Com said...

Matjoe - blh bro..tips ni tak kira moto kecik ke beso..sama jer..hehehe

TayarGolek.Com said...

Part yang "Diti Kita" ni pon rasa2nya sesuai utk pillion juga..;)

Anonymous said...

aku pn da lm xride jauh2 ni...zmn dlu2 slalu je ride blk kg nga motot ni...yg pntg ride jauh ni motot n bdn kta je...kalu ride ms hjn konfem kecut sume..hahaha...sjuk beb...
mat chah

TSDell_TSZann said...

Bagi aku yg paing utama sekali...kita kena hormati kederaan awam yg lain...jgn menghalang laluan diorang kita ramai2 diatas jalnraya...time isi minyak kat petro pump tu kenala berhemah...jgn remp2 throttle tu/jgn buat bising...an an an

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com