Yooosshhh…!!
4 Mar 2010 – FERNO Moderator meeting yg ke-2 telah pon berlangsung pada hari tersebut. Meeting tersebut telah berjaya diadakan di Menara Milinium, Pusat Bandar Damansara (ni tumpang bilik meeting office Abg Mad) pada pukul 7.00mlm.
Antara mods yang hadir seperti Abg Mad, Yusoffer6n, Ghaz, Paiz, Grim, Mersing, Donn dan aku sendiri. Walaupon ini merupakan perjumpaan ke-2 antara Mod, tetapi ini adalah yg pertama dapat aku join.
Ketika dibilik meeting. Abg Mad mempengerusikan mesyuarat..
Antara perkara2 yang dibincangkan seperti penubuhan FERNO sebagai kelab berdaftar perlu atau tidak? Pro and cons jika didaftarkan, majlis 1st Anniversary FERNO dan serba sedikit isu2 yang lepas..
Pukul 8.00mlm – kami berhenti rehat jap. 30 minit lepas tu sambung balik. Aku tak cerita pasal outcome of the meeting kat sini..sebaik2nya sila check update di website FERNO
9.30mlm – Mesyuarat bersurai..
Lepas abis meeting plak..masing2 kelaparan, so lepak & makan2 jap kat Restoren Ali Maju..depan bangunan tu jer..Donn tak join, dia balik terus..
Restoren Ali Mundur Maju..dulu masa keje kat HP, kkdg kerap gak makan kat sini..tp tu dulu ler..
Sumer dah setel makan..Mersing je tak abis2 lagi..sebab dia order mangkanan yg SEDAP2..
Ghaz – korang nampak jer dia ni serious, tp sebenarnya kelakar gak Ghaz nih..hehehe
Sebelum balik..tak cukup meeting kat atas, kat sini pon tambah lauk + nasik tambah skit mana2 yg terkurang masa meeting tadi..
Haah..tu diaa..model & wakil penjual DENSO ‘Iridium Power’ spark plug..bro Paiz(kanan). Sapa mau blh roger Paiz. Kalo melalui TayarGolek kene ade komisyen ler..hikhik.
p/s: tunggu Paiz bg greenlite baru aku publish nombo henpon dia..
Aku beli 2 bijik..ye lah moto aku mileage dah berapa..kasi tukar lerr!!
Masa dh time!! pukul 10.45mlm dah..masa utk balik rumah yer kawan2. Tapi sebelum tu, TERIMA KASIH banyak2 buat Abg Mad sebab BELANJA kami makan malam tu..
Semoga ape yang dibincangkan & dirancangkan akan menjadi kenyataan.
Sekian,
-Han-
2 comments:
bro han...tu advertise jawatan kosong skali ke?? heheh..
advert jawatan mod kot..hhehe
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..